Pengenalan
Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat-peringkat
berkaitan dengan lukisan, catan, cetakan dan arca. Melalui bidang seni halus
ini, pelukis dapat meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara
umumnya, perkembangan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman.
Tahun 20an
Terdapat kepercayaan bahawa
pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis
negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran
kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat
mereka atau sebagai rekod sejarah. Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre
lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan
Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah
terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan
pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme,
Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura
berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah
bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Pada mulanya
penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni
halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya
dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti
artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang
menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah
Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong
Kong
Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil
karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao
Oh pada tahun 1924. Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula
apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah
Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang
gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu.
Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada
para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa
kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada
ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris.
Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan
Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis
tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah
Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau
sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan
yang dapat memberi sokongan kewangan.
Tahun 1920an merupakan peringkat
yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang
ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama
yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah
mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee
Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk
mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air
aliran Impressionist dengan kesan-kesan cahaya yang kuat
SITC (Sultan Idris Training
College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di
samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama
dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan
rakyat ketika itu.
Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk
membuat bakul bagi tahun pertama. kayu bagi melatih membuat perabot-perabot
seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga
tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid
buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang
mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar.
Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk
belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat.
 |
Yong Mun Sen |
 |
Abdullah Arif |