Balai
Seni Visual Negara (atau BSVN) adalah nama baru bagi Balai Seni Lukis
Negara yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan
daripada British. Namun, idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954
hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang
ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan, (beliau ialah
pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama selain Setiusaha Lembaga Amanah
BSVN sehingga tahun 1970). Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima
peruntukan tahunan daripada kerajaan melalui Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan dari badan
korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan
![]() |
Balai Seni Visual Negara di Kuala Lumpur |
No comments:
Post a Comment